Album

Album
Album2010

Monday 18 May 2009

Tiga beranak jual air ketum ditahan

ARKIB : 18/05/2009

KUALA TERENGGANU 17 Mei - Kegiatan tiga beranak yang memproses dan mengedar air daun ketum akhirnya terbongkar apabila mereka diberkas polis di Kampung Jelapang, Sungai Lerek di Setiu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Roslan Abdul Wahid berkata, tiga beranak berkenaan ialah pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 44 dan 39 tahun serta anak lelaki mereka yang berusia 25 tahun.

Menurutnya, ketika serbuan dibuat pada pukul 4.15 petang, lelaki berusia 44 tahun itu sedang memproses air ketum untuk dijual di sekitar kawasan tersebut. Katanya, lelaki itu turut dibantu anak lelaki dan isterinya.
Menurut beliau, lelaki itu pernah ditahan enam kali berkaitan dengan kes dadah iaitu kes pertamanya, dia telah dijatuhi hukuman sementara dua kes lagi masih dalam proses mahkamah dan tiga kes di peringkat siasatan.

"Dalam serbuan itu, polis menemui 96 paket plastik lutsinar kecil yang mengandungi cecair kehijauan yang disyaki dadah dalam peti ais di bahagian dapur rumah itu. "Selain 48 liter air ketum, polis juga merampas sebuah dapur memasak, dua tong gas, satu mesin pengisar dan alat penimbang yang menjadi peralatan untuk memasak cecair itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0518&pub=utusan_malaysia&sec=Timur&pg=wt_08.htm&arc=hive