Album

Album
Album2010

Saturday 19 November 2011

Salahkah Kami Anak Jelapang Menuntut Hak Kami?

 Saudara-saudaraku sekalian,

Salahkah kita menuntut hak kita sendiri???
kalau kita berkerja, kita mesti mahu upah...
kalau kita belajar, kita mahu tambah ilmu....
kalau kita jadi pengusaha, semestinya kita mahu hasilnya...

Begitu juga dengan orang jelapang...
kalau menoreh, mesti mahu hasil getahnya..
kalau menanam padi, mahu hasil padinya...
kalau berkebun, mahu hasil kebunnya...

kalau boleh hasil usaha kita, kita kawal sendiri...
kita boleh urus sendiri...kita boleh menikmati hasilnya sendiri...
kalau orang KADA jual padi, dapat harga patut..
kalau orang MADA jual padi, dapat harga patu...
kalau orang Tanjung Karang jual padi, dapat hasil yang patu...
orang jelapang pun begitu...

rasanya padi orang jelapang kalau diproses...
hasil berasnya seperti juga hasil beras orang KADA, MADA, dan Tanjung Karang...
tetapi..kenapa orang jelapang tidak dapat subsidi padi..bayaran insentif padi...harga padi yang patut...
mungkin padi jelapang kurang berkualiti...tapi..patutkah subsidi padi tak dapat..bayaran insentif tak dapat????

kami orang jelapang...cuma menutut hak kami...
adakah kami bersalahan????? sebab menuntut hak...
tolonglah... jaga kepentingan orang2 kampung kami...

kami sedar..hanya beberapa orang sahaja yang telibat...
mungkin 200 -300 orang sahaja bekepentingan di kampung jelapang...
mungkin orang kemaman, paka, dungun dan sebagainya tidak telibat seperti masalah orang jelapang..
tetapi...tidak wajarkah kami dipedulikan??????
terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang peduli tentang nasib kami...

belum termasuk lagi isu hakmiliknya..
bagaimana mana status hakmilik tanah padi yang sudah diusahakan berpuluh tahun...
sehingga kini masih status tanah haram terengganu...bagamana hakmiliknya...
adakah yang mahu peduli????

tolonglah...kami orang lemah..bila dicakap A... kami mengiakan A...
bila dicakap B..kami mengiakan B...

cuma kami mampu berharap... Allah akan bersama orang2 yang lemah...dan sentiasa akan memakbulkan doa-doa orang yang teraniayai...wallahua'llam

Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.

Monday 14 November 2011

Rayuan : Pemimpin-pemimpin kami..bantulah kami..Jangan biarkan kami tertindas...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabaroka tuh....

Kepada pemimpin-pemimpin kami; ketua kampung, penghulu, pegawai daerah, pentadbir tanah, wakil rakyat, ahli parlimen, menteri besar serta seluruh pemimpin2 politik dan masyrakat yang peka terhadap masalah kami...

BANTULAH KAMI ORANG KG. JELAPANG KHASNYA, ORANG SETIU DAN ORANG TERENGGANU UMUMNYA...kami sangat berterima kasih kepada semua pemimpin kami yang sangat peka dan ambil berat masalah kami....

Kami anak jelapang, anak setiu, anak terengganu sangat memerlukan pemimpin yang budiman yang boleh membela nasib kami, hak-hak kami. supaya kami boleh bertatih sama tinggi, maju sama hebat dengan bangsa-bangsa yang hebat di dunia ini... Jangan biarkan kami terpenjara dibumi sendiri... Dibuli, ditindas, dilayan dengan tidak adil... hormatilah hak kami sebagai rakyat biasa....yang tiada apa2 kuasa... hanya kepada Allah kami berserah dan memohon bantuan...

ISU TANAH....

Isu tanah ini sememangnya tidak pernah sepi dari dunia kami...dari generasi tok ki, generasi moyang, generasi nenek, generasi atuk, generasi bapa dan generasi sekarang...masalah tanah masih belum selesai-selesai... kami orang melayu islam, pemimpin kami orang melayu islam, pengawai kerajaan kami orang melayu islam.. .tapi bagai mana nasib kami masih tidak terbela...

apa guna ada rumah..tapi tiada hakmilik...
apa guna ada sawah padi... tapi tiada hakmilik..
apa guna ada pokok getah.. tapi tiada hakmilik..
apa guna ada kebun buah-buahan..tapi tiada hakmilik..
apa guna ada kebun sawit..tapi tiada hakmilik...

apa guna nama ada tanah..tapi tiada hak milik..
hakmilik apa?????
hakmilik yang dijamin oleh undang-undang...
MANA GERAN HAKMILIK TANAH KAMI???????


bukan kami yang tebang hutan dulu... tapi datuk moyang kami...
kami anak jelapang hanyalah pewaris penat lelah datuk moyang kami dulu-dulu...
biarlah susah lelah itu ada harga..ada nilai dan dihargai....
jangan suap kami dengan umpan yang sementara...wang ringgit..atap rumah...baju sekolah..gulai lembu dan macam2 lagi... kami tidak perlu itu... kami boleh cari sendiri,...

Tapi kami MAHU...tanah kami boleh GERAN HAK MILIK TANAH.. boleh bayar premium tanah... boleh memohon tanah2 yang kami warisi dari datuk moyang untuk dapat geran hakmilik...kami sudah penat naik turun pejabat tanah.. tetapi keputusan: DUKA CITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN TUAN TIDAK DILULUSKAN...penat sudah kami ini..naik kereta pergi pejabat tanah, isi borang..bayar permohonan RM10 setiap permohonan... mahu buat lagi, pemohonan tanah haram belum dibuka... PENAT!!!!! duduklah kami diatas TANAH HARAM...


TANAH ADALAH NYAWA KAMI

Sekiranya kami anak jelapang hidup diatas tanah haram yang tiada GERAN HAKMILIK..kami sama saja macam SETINGGAN HARAM...kami tiada hak disisi undang-undang NEGARA... walaupun hidup 100 tahun, 1000 tahun... kami tak nak jadi macam kampung2 lain yang tanah dirampas...tanah haram yang kami duduk dijual kepada syarikat...disedekah kepada syarikat... orang asal yang menduduki..dihalau...disingkirkan tanpa belas kasihan....ZALIM kan itu..adai itu berlaku..

Tanah kami ini hanyalah satu-satunya nyawa dan aset kami anak jelapang yang ada...itu lah nilai yang boleh dijadikan sandaran... kalau tiada HAKMILIK TANAH..anak jelapang dan generasi seterusnya akan PAPA KEDANA... tinggal dirumah di atas tanah haram selama-lamanya....

WAHAI ANAK JELAPANG SEMUA..

Sedarlah saudara-saudara ku.. tuntutlah hak kita bersungguh-sungguh....jangan mudah berputusa asa...
dulu datuk moyang kita sangat susah untuk bina kampung yang kita cintai sekarang...dengan tulang empat kerat...membanting tulang...bangun membina asas-asasnya... sehingga kita hidup dalam kesenangan..kelekaan...tanpa mengetahui sejauh mana jaminan hak tanah kita disisi UNDANG-UNDANG MALAYSIA...

Kita hanya boleh mengetahui jaminan hak tanah kita..seandainya tanah kita akan diambil untuk membuat jalan raya dan sebagainya.. kalau tanah kita ada GERAN HAKMILIK...kita akan dibayar pampasan..kalau pampasan yang diber tidak setimpal...kita boleh tuntut dimahkamah... TAPI KALAU TANAH KITA TIADA GERAN HAKMILIK (TANAH HARAM)..undang-undang tidak akan memberi jaminan sama-sekali untuk kita dapat pampasan dan ganti rugi....kita hanya boleh menangis keluar air mata... ugut nak keluar parti..maki hamum...itu saja yang boleh...hanya berputih mata...sedarlah dimana hak kita, sekiranya kita masih tinggah dan bercucuk tanah diatas tanah haram...tanpa hakmilik kekal.. GERAN HAKMILIK...

Sedarlah saudara-saudaraku anak jelapang...pemimpin-pemimpin ku...janganlah berlaku penindasan, ketidakadilan, kezaliman dikalangan kita, sesama sendiri...takut-takut nanti kita semua akan ditimpa bala dan azab ALLAH yang tidak terhingga... sedarlah..bahawa disekeliling kita bahawa diseluruh dunia, berita yang kita terima tentang bencana, malapetaka dan sebangainya...becana itu yang telah berlaku adalah amat mudah untuk terjadi dengan IZIN ALLAH...

Saudara-saudaraku anak jelapang, pemimpin-pemimpin ku.... peliharalah kampung kita....rumah kita..keluarga kita... dengan panduan AGAMA ALLAH...akhlah mulia sebagai orang islam...semoga ALLAH pelihara kita dari kejahatan daripada tangan-tangan manusia yang zalim..amin... wasslam..

cetusan hati oleh:
anakjelapang2u...1.07am..selasa..15november2011

Tanah Padi Jelapang; PAS Akan Beri Hak Milik Kekal - Dato Hj Abu Bakar Chik




Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.

Uploaded by on Aug 22, 2010
Para Petani yang mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dijamin akan memiliki geran hak milik kekal sekiranya PAS diberi mandat memerintah negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

http://www.youtube.com/watch?v=XRVayAM9NKk

Demo Padi Kampung Jelapang Ucapan Wakil Pesawah Abd Raof Mohamed.wmv




Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.

Uploaded by on Nov 12, 2011
Demo pesawah padi Kg Jelapang Setiu pada 13 November 2011

http://www.youtube.com/watch?v=ZEN2NXZ9ndc

Demo padi Jelapang Ucapan Pengerusi Luj Pertanian Haji Muhyiddin



Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.
Uploaded by on Nov 13, 2011
Haji Muhyiddin Abdul Rashid Penmgerusi Lujnah Pertanaian PAS Terengganu menegaskan tuntutan para pesawah kepada kerajaan Terengganu

sumber: http://www.youtube.com/watch?v=cp-AtR--47E

Jangan rampas tanah petani

E-mail Print PDF
SETIU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diminta melibatkan para petani dengan projek-projek yang dilaksanakan bagi menjamin kehidupan mereka pada masa depan

Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Terengganu Hji Muhyiddn Abdyul Rashid menggesa kerajaan memberikan hak milik kekal keatas tanah-tanah sawah padi yang telah diusahakan oleh para petani dan bukannya merampas tanah-tanah tersebut.

"Kita (PAS) mengalu-alukan kerajaan memajukan kawasan ini, tetapi kita minta hak kita ini jangan dipersia-siakan supaya kerajaan melibatkan kita sama dengan memberikan hak milik tanah kepada kita semua yang telah menghidupkan tanah sejak lebih 40 tahun,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berhimpun bersama-sama lebih 50 orang petani dari kampung Jelapang dan kampung Bukit Layat dekat sini yang berhimpun menuntut hak-hak mereka.

Perhimpunan Aman selama 45 minit tersebut diadakan berhampiran dengan kawasan sawah Kampung Jelapang.

Menurut Haji Muhyiddin, PAS negeri Terengganu menyokong penuh tuntutan rakyat terutamannya oleh para petani.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kerajaan PAS Terengganu telah memulakan inisiatif menjamin hak-hak petani terbabit dengan memberikan pemilikan semenatara (TOL) pada tahun 1999 hingga 2004.

"Inisiatif awal telah dibuat oleh kerajaan PAS Trengganu tahun 1999 hingga 2004, dengan cara memberi lesen, hak milik sementara, untukmendapatkan hak tanah ini,

"kita minta kerajaan kerajaan sekarang ini memberikan geran kekal kepada semua petani-petani yang terlibat,"jelasnya.

Selain menuntut hak milik tanah, Haji Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya membayar subsidi padi kepada semua pesawah yang mengusahakan tanaman padi.

Katanya, oleh kerana kerajaan telah mengisytiharkan kawasan tanaman padi Kampung Jelapang sebagai sebuah 'jelapang', suibsidi mestilah dibayar sebagaimana diamalkan oleh negeri-negeri lain.

Beliau turut merasa kesal kerana terdapat aduan bahawa pengagihan input tidak dilaksanakan secara adil kepada semua petani.

"Kita minta penyelarasn dari segi bantuan input-input petanian, difahamkan ada yang menmdapat banyak, ada yang mendapat kurang, tidak selaras,

"kita minta supaya semua mendapat hak yang sama,"tegasnya yang juga selaku Timbalan Pesurujhjaya PAS Terengganu



Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=4297:jangan-rampas-tanah-petani-&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

Dizalimi kerajaan Umno/BN - Pesawah 'demo' tuntut hak

E-mail Print PDF
SETIU - Seramai 50 orang pesawah padi dari Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat di sini berhimpun secara aman menyatakan bantahan atas tindakan zalim kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu

Mereka yang telah mengusahakan tanah padi secara 'umarah' sejak 40 tahun lalu, menentang rancangan kerajaan untuk menjadikan kawasan sawah mereka sebagai 'mini estate'.

Menurut wakil pesawah terbabit, Abdul Raof Mohamed, tujuan mereka berkumpul adalah untuk menuntut hak ke tas tanah yang telah mereka usahakan supaya kerajaan mengeluarkan geran ke tas tanah tersebut

Antara mereka adalah Mak Cik Kelesom atau yang dikenali sebagai Mak Teh, seorang anggota Wanita Umno yang juga pengundi tegar BN.

Beliau merasa kesal dan tertipu dengan tindakan Umno yang mahu merampas tanah yang telah diusahakannya sejak bertahun-tahun yang lalu.

Menurut wakil pesawah terbabit, Abdul Raof Mohamed, tujuan mereka berkumpul adalah untuk menuntut hak ke tas tanah yang telah mereka usahakan supaya kerajaan mengeluarkan geran ke tas tanah tersebut

>>Berita lanjut menyusul>>


Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.
http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=4294%3Adizalimi-kerajaan-umnobn-pesawah-demo-tuntut-hak-&catid=35%3Adalam-negeri&Itemid=85

Petani Jelapang Padi kecewa



Terengganu
Petani Jelapang Padi kecewa
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 14, 2011
pesawah
JELAPANG – Tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri mengisytiharkan tanah sawah yang diusahakan penduduk sejak 1960-an sebagai Jelapang Padi Nasional, seramai 50 penduduk di sini mengadakan perhimpunan awam, semalam.

Perhimpunan yang diadakan di kawasan sawah padi Jelapang itu berlangsung kira-kira satu jam bertujuan agar Kerajaan Negeri mengembalikan tanah sawah mereka untuk diusahakan sendiri.

Turut hadir pada perhimpunan itu Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Muhyidin Abdul Rashid, Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu, Pauzi Muda dan Setiausaha Pas Setiu, Aminuddin Umat.

Menurut Muhyidin, perhimpunan aman itu dibuat setelah didapati berlaku penganiayaan pada petani selain menuntut hak milik tanah kerana ada sebahagiannya telah meneroka kawasan itu sejak lebih 40 tahun lalu.

“Telah banyak keringat dicurahkan untuk memajukan kawasan ini, apabila kerajaan mengisytiharkan kawasan seluas 400 hektar ini sebagai Jelapang Padi Nasional pada 2009 ia telah menyebabkan hak petani seolah-olah dipinggirkan.

“Petani di kawasan ini tidak menolak projek mega yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM48 juta itu mempunyai tujuan yang baik tetapi biarlah ia memberi manfaat kepada semua golongan,” katanya.

Beri geran kepada petani

Muhyidin berkata, sebagai tanggungjawab membela nasib rakyat di negeri ini, Pas Terengganu akan menyokong setiap tuntutan dari petani iaitu dari aspek pemberian hak milik tanah kerana semasa pemerintahan Pas pada tahun 1999-2004, kerajaan Pas telah mengeluarkan lesen tumpangan kepada 100 peserta dengan keluasan sebanyak 80 hektar.

“Namun pada 2005, Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah tidak menyambung lagi lesen tersebut sehinggalah tanah itu menjadi tanah padi terbiar.

“Kita mengharapkan kerajaan sekarang dapat mempertimbangkan semula dengan memberi geran kekal kepada petani terlibat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyidin yang juga merangkap Pengerusi Lajnah Pertanian turut meminta kerajaan membayar subsidi padi kepada petani di kawasan ini dari 2009 hingga 2011.

“Selain itu, penyelarasan ban-tuan input pertanian perlu dilakukan secara adil kerana saya difahamkan terdapat segelintir petani di kawasan ini yang mendapat bantuan lebih daripada sepatutnya.

“Kita meminta pihak berkenaan dapat membuat penilaian semula agar semua petani mendapat ban-tuan seperti yang dijanjikan tanpa dipinggirkan hak mereka,” katanya.

Katanya, petani di Kampung Jelapang ini juga turut memohon agar hasil padi tidak dikenakan potongan yang tinggi kerana daripada rungutan yang diterima ada menyatakan mereka terpaksa berhadapan dengan potongan sehingga 60 peratus.

“Jika keadaan ini berterusan sampai bila pun petani tidak mampu hidup senang walaupun hampir setiap hari menggunakan keringat untuk mengusahakan tanaman padi mereka.

“Manakala tuntutan yang terakhir adalah petani memohon agar diberi peluang menjual hasil padi kepada pembeli yang menawarkan harga lebih tinggi tanpa terikat pada pihak Bernas sahaja,” katanya.

Penduduk kecewa

Sementara itu, menurut seorang penduduk, Abdul Rahman Awang Noor, 61, tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan amat mengecewakan penduduk yang telah lama meneroka tanah di kawasan ini.

“Jika betul kerajaan mengamalkan dasar mendahulukan hak rakyat tetapi masih tiada jalan penyelesaian ia diibaratkan cakap kosong semata-mata.

“Memang kita akui tanah di kawasan ini hanyalah tanah yang diteroka tetapi berdasarkan sifat perikemanusiaan apa salahnya kerajaan mempertimbangkan hak kita,” katanya yang mula mengusahakan tanah pada 1982.

Manakala seorang lagi petani, Naimah Daud, 54, berasa seperti dipermainkan oleh pihak yang terlibat kerana semasa proses pengambilan tanah dia tidak diberitahu apa-apa pun.

“Memandangkan saya ibu tunggal yang mempunyai 12 orang anak keadaan ini cukup memberi tekanan kerana usaha yang dilakukan bersama arwah suami dulu tidak dapat membawa sebarang keuntungan.

“Saya harap kerajaan dapat membantu petani di sini dengan apa cara sekalipun sebelum menjelangnya pilihan raya nanti,” katanya.


Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/petani-jelapang-padi-kecewa