Album

Album
Album2010

Thursday 18 August 2011

Sasar Terengganu jelapang padi

SETIU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin apabila siap sepenuhnya projek jelapang padi di kampung Jelapang, Setiu nanti akan dapat mengeluarkan hasil padi sebanyak 85 peratus bagi menampung keperluan rakyat pada masa akan datang.

Menurut Ahmad, kawasan jelapang yang berkeluasan 720 hektar ini adalah kawasan padi yang terbaik dan sistematik dibina di negeri ini kerana setiap empat hektar tanah itu disediakan satu tali air dan infrastruktur jalan selesa.

“Setakat ini sudah 70 peratus projek jelapang padi disiapkan dan kita menyasarkan sekurang-kurangnya 280 hektar kawasan jelapang itu akan dapat ditanam pada tahun ini juga.

“Buat permulaan ini, penanaman padi peringkat pertama telah mula ditabur pada awal April lalu namun disebabkan hujan yang tidak dijangka baru-baru ini ia rosak.

“Usaha ini akan dipastikan berjalan lancar dengan bantuan Jabatan Pertanian Negeri selaras dengan hasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai salah sebuah negeri pengeluar padi utama di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Setiu dan menugal jagung di kampung Langkap.

Ahmad berkata, sekiranya penanaman padi dilaksanakan dua kali setahun termasuk di kawasan jelapang padi di daerah lain yang telah sedia ada tidak mustahil hasrat untuk mencapai 85 peratus hasil pengeluaran padi bagi keperluan negeri ini tercapai.

“Sekiranya projek jelapang padi di Setiu berjaya selepas ini Kerajaan Negeri mungkin akan membawa sistem yang ada sekarang ke daerah Marang pula bagi menjadikan hasrat seratus peratus itu tercapai.

“Insya-Allah hasrat ini akan dapat direalisasikan sekiranya pelaksanaan dilakukan dengan betul dan saya berpuas hati dengan projek di Setiu termasuk di kawasan lain,” katanya.

Sempena lawatan kerja Menteri Besar ke Setiu, beliau berkesempatan beramah-mesra dengan penduduk kampung Langkap sempena jamuan rakyat dan melakukan acara menugal jagung secara tradisional di tapak penanaman jagung kampung Langkap.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris, wakil dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), Datuk Mat Razali Kassim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh. 
 
SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story8977375.asp

Wednesday 17 August 2011

Jelapang Padi Setiu Mampu Hasilkan Beras Untuk Keperluan Terengganu

17 Ogos, 2011 12:24 PM

SETIU, 17 Ogos (Berrnama) -- Jelapang padi di Sri Cempaka, Kampung Jelapang, di sini yang mempunyai keluasan 735 hektar (1,816 ekar) sawah yang baru dibangunkan, mampu menampung keperluan beras di Terengganu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata sehubungan itu, beliau mahu agensi pertanian yang terlibat menjalankan kajian memastikan tanaman padi di kawasan itu mencapai sasaran pengeluaran sembilan hingga 10 tan metrik sehektar.

"Penanaman padi di kawasan itu berhadapan dengan beberapa masalah, antaranya serangan penyakit padi dan tanah gambutnya yang tidak sesuai kerana kawasan itu baru dibangunkan.

"Ini menyebabkan hasil tanaman daripada projek perintis yang diusahakan 19 petani dengan keluasan 32 hektar hanya mencapai 1.73 metrik tan sehektar," katanya kepada pemberita selepas melawat jelapang padi itu di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri, Asha'ari Idris; Pengarah Pertanian Negeri, Yusof Maidin; dan Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri, Mat Hussin Ghani.

Ahmad berkata beliau telah meminta kajian dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Mardi untuk mencari kesesuaian dari segi teknik dan benih padi yang sesuai ditanam di Jelapang Padi Setiu agar mencapai sasaran pengeluaran.

-- BERNAMA
SUMBER : http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=608650
Tarikh : 18/08/2011

Kunjungan Haji Wahid ke Bazar Ramadhan Setiu Disambut "Panas"

E-mail Print PDF
SETIU - Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Menurut Haji Muhyiddin, antara cerita 'panas' di kawasan Parlimen Setiu adalah tindakan kerajaan Umno/ BN Terengganu 'memaksa' para peserta kelompok padi Kampung Jelapang menyerahkan kawasan penanaman mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

"Kita (PAS) mendapt maklumat, kerajaan Umno terus menipu rakyat, kali ini kes kawasan tanaman padi kampung Jelapang, di Langkap Setiu,

"selain itu, ada bangunan yang dibuat untuk projek dan pitih, di katakan sebagai sebuah 'surau', tetapi tidak digunakan dan terbiar,"terang Haji Muhyiddin ketika ditemui.

[Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Wahid menunjukkan bakat, menggoreng murtabak, di Bazar Ramadhan Sungai Tong, Langkap, dalam kunjungannya semalam]

Justeru, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta PAS Kawasan Setiu untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Antaranya, Pesuruhjaya PAS yng juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya 3, yang juga ADUN Bukit Tunggal, akan meminta penjelasan kerajaan Umno dalam sidang DUN pada 22 dan 23 Ogos ini,"katanya.

Turut bersama dalam 'jelajah bazar Ramdhan' kali ini adalah Pngerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Yang Di Pertua PAS Setiu, Ustaz Pauzi Muda, AJK Badan Perhubungan Dr. Azman Ibrahim.

***Sila ke buletinonline.blogspot untuk lihat gambar-gambar kunjungan ke bazar Sungai Tong. Langkap dan Sungai Tarung, Permaisuri 

SUMBER : http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3931:kunjungan-haji-wahid-ke-bazar-ramadhan-setiu-disambut-panas&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

Tanaman Padi Kampung Jelapang; PAS Janji Akan Beri Geran Milik Kekal (GM)

Langkap, SETIU - Para Petani yang mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dekat sini dijamin akan memiliki geran hak milik kekal sekiranya PAS diberi mandat memerintah negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, pembukaan semula dan pemulihan kawasan penanaman padi Kampung Jelapang adalah bermula di zaman pemerintahan kerajaan PAS pada akhir tahun 1999.

"Tanah padi ini (Kampung Jelapang) memang ada, tetapi tidak ada usaha dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk memajukan kawasan padi itu tidak ada,

"sampailah mari kerajaan PAS pada hujung tahun 1999, kita beritahu kepada orang ramai (kampung Jelapang) tanah ini kena diusahakan, kerajaan PAS masa itu akan bantu,

"dan kita beri jaminan (masa itu) kita beri TOL dahulu, supaya dia (para petani) rasa ada hak,"ujarnya ketika ditemui semasa melawat Kelompok Tanaman Padi Kampung tersebut 20 Ogos lalu.

Dengan jaminan tersebut, tanah seluas 200 ekar di kampung itu telah diusahakan dengan para petani diberikan seluas 2 ekar setiap seorang.

Namun demikian, menurutnya jaminan pemilikan tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS dibatalkan oleh Umno dan BN sejak tahun 2005.

"Janji (kerajaan Umno/BN) nak memajukan (tanah Kampung Jelapang) tetapi TOL tidak disambung, kemudian (apabila) mari Perdana Menteri, buka (semula) (janji) nak beri 4 hektar seorang, sedangkan tanah itu telah diusahakan (oleh orang kampung seluas) 2 ekar setiap orang,"jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata, tidak munasabah kerajaan Umno/BN mahu membahagi-bahagikan semula tanah tersebut, kecuali dibuka tanah lain bagi membangunkan projek penanaman padi yang baru.

Sebaliknya, menurut Ustaz Abu Bakar, janji Menteri Besar Terengganu untuk membuka kawasan penanaman padi Mak Jintan bersebelahan Kampung Jelapang belum dilaksanakan sehingga kini.

"Tapi yang ada (kerajaan) sekarang duk (hanya) cakap sahaja nak beri (tanah), tapi (kawasan tanah) hok baru (Mak Jintan) tak buka lagi,"katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan geran hak milik kekal keatas tanah kawasan padi Kampung Jelapang yang telah diberikan TOL oleh kerajaan PAS.

Justeru, beliau yang juga bekas Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu berkata, PAS akan meneruskan rancangan memberikan geran hak milik kekal kepada para petani sekiranya diberikan mandat memerintah semula negeri Terengganu.

"Kalau PAS perintah (semula) senang kita selesaikan, InsyaAllah. Dari masa tanah ini tak menjadi, telah diberi TOL, tujuannya masa itu selepas 3 tahun diusahakan akan diberikan hak milik kekal,

"jadi nampak sekarang ini, memang ada nyata dah tanah padi ini menjadi dan orang (kampung) berusaha, InsyaAllah bila (akan) datang kerajaan kita yang baru, kita minta segerakan (pemberina hak milik tanah) ini,"tegasnya.

SUMBER : http://paskawasansetiu.blogspot.com/2010/08/tanaman-padi-kampung-jelapang-pas-janji.html




Jelapang Setiu Terengganu

Jelapang... ada satu nama kampung yang terletak di Mukim Hulu Nerus, Setiu, Terengganu..sebuah kampung yang terletak di kawasan luar bandar yang jauh dari kesibukan kehidupan kota... suatu masa dulu terkenal dengan lokasi mengail aikan air tawar...sebelum sungai "tasik" diusik dengan jentera moden...tasik memang terkenal dengan lubuk ikan.. sebuk saja toman, haruan, kelisa, belida, tapah..buaya pun ada... campak sahaja kail atau pancing..pasti dapat.. kalau bawa pukat..ikan pasti berkarung-karung.. itu suasana kampung jelapang pada awal 1970-80-an.. itulah cerita orang tua-tua.. nak masuk jelapang...cuma jalan tanah merah pada masa tu.. ikut jalan "steewong" atau jalan lorik balak.. tapi tahun 2000, jelapang turut mengorak langkah mengamit kemajuan...berjalan asfal dari laluan utama hingga ke sawah padi..