Album

Album
Album2010

Friday 23 September 2011

Cadangan Mini Estate Padi Tipu Muslihat Umno BN Terengganu - by buletinonline.net

'Mini estate padi'; pesawah akan hanya jadi 'buruh' di tanah sendiri

E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU - Para pemilik tanah TOL dan 'umarah' padi di Kampung Jelapang Setiu hanya akan menjadi pekerja kepada syarikat 'mini estate' apabila menyerahkan tanah mereka kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, ia adalah menjadi amalan biasa mana-mana 'mini estate' yang telah diusahakan sebelum ini.

"Dia (kerajaan) minta serah semua sekali kepada dia jadi 'mini estate' padi, segala peruntukan akan mauk kepada syarikat ini dan kita akn jadi pekerja, jadi buruh sahaja,

[Gambar - Haji Muhyiddin, berbaju kemeja pendek putih,  mendapat penjelasan dari seorang pesawah Zainal Abidin Yusof, ketika melawat kawasan sawah padi Kampung Jelapang]

"kalau kita nak kerja, kalau tidak dia akan bawa pekerja asing, buat kerja i sawah padi kita,"ujarnya ketika bertemu dengan pesawah padi di Kampung Jelapang, Rabu 24 Ogos.

Bahkan, lebih berat lagi, katanya, tanah yang telah diusahakan oleh para pesawah selama lebih 40 tahun itu tidak akan lagi menjadi hak pesawah.

"Dan yang lebih berat lagi, tanah itu akan jadi hak dia (kerajaan), kerajaan akan beri kepada siapa yang dia nak beri,

"kalau kita usaha sendiri maka ada ikatan sikit (kerana kita usahakannya),"jelas Haji Muhyiddin

Katanya, apabila tanah tersebut tidak diusahakan, 'umarah' pun tak ada, maka dia sudah tidak akan menjadi hak kepada para pesawah untuk menuntutnya.

Oleh itu beliau menggesa supaya para pesawah yang pernah memiliki Lesen Menumpan Sementara (TOL) dan nombor PT di pejabat tanah supaya tidak menyerahkan tanah-tanah mereka kepada PPK Setiu.

Katanya, penyerahan tanah tersebut akan merugikan para pesawah.

Beliau yang juga, Pengerusi Lajnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu berkata, Menteri Besar Trengganu memang tidak berhasrat untuk memberikan tanah kepada para petani atau pesawah.

"Menteri Besar telah keluarkan kenyataan dalam akhbar minggu lalu, beliau memang tidak akan memberikan tanah kepada para pesawah,

"kononnya, beliau kata, kalau beri tanah kepada petani, ia tidak akan diusahakan lagi,"kata Haji Muhyiddin.

Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional itu, menurutnya, berbeza dengan amalan yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan PAS.

Katanya, sekiranya kerajaan PAS diberi mandat, sebagaimana pemerintahan pada tahun 199 hingga 2004, PAS akan mmberikan hak milik kepada mereka yang telah mengusahakan mana-mana tanah dalam tempoh tertentu.

"Ia terbukti di Kampung jelpang itu sendiri, kerajaan telah memproses tanah sawah tersebut dan memberikan Lesen TOL, sebagai persiapan untu hak milik kekal,

"malangnya, apabila Umno merampas pentadbiran negeri pada 2004, mereka telah membatalkan lesen tersebut,"tambahnya

SUMBER BERITA : http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3979:mini-estate-padi-pesawah-akan-hanya-jadi-buruh-di-tanah-sendiri-&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

'Mini Estate' padi; JKKK, Ketua Blok tipu pesawah

Sabtu, 27 Ogos 2011

'Mini Estate' padi; JKKK, Ketua Blok tipu pesawah

[Kemaskini ] Ahmad Said pernah berjanji berikan 10 ekar kepada setiap pesawah


SETIU
- Para pesawah padi yang juga 'pemilik TOL' dan 'umarah' tanah padi Kampung Jelapang disini kesal kerana Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berbohong dan melaksanakan tipu daya sehingga mereka menandatangani persetujuan menyertai cadangan 'mini estate' padi

Menurut seorang suri rumahtangga, Puan Nora bt Abdullah, 48, (Gambar kiri) beliau telah ditunjukkan surat-surat serta dokumen berkaitan oleh Ketua Blok, Zainal Abidin Yusof @ Mamat, kira-kira tiga bulan lalu.

Beliau mendakwa, Mamat tidak membacakan kandungan surat dan dokumen berkenaan, walaupun beliau meminta Mamat membacakannya.

Bahkan, katanya, Mamat tidak bercakap benar dan berbohong berkenaan kandungan surat dan dokumen tersebut yang sebenarnya merupakan surat memohon untuk menyertai 'mini estate' dan surat menyerahkan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu, menerima bayaran subsidi (dengar Mamat tipu kami) "Saya suruh dia (Mamat) baca surat tu, dia kata tak bacalah, kalau sign (tandatangan) nanti kita dapat subsidi, lepas tu saya pun sign,"katanya ketika ditemui, Rabu 24 ogos.

Katanya, Mamat juga mendakwa sekiranya surat dan dokumen itu ditandatangani, tanah tanaman padi tersebut akan menjadi hak miliknya.

Selain Puan Nora, seorang pesawah yang juga seorang suri rumah, Puan Fauziah Zakaria, 53, [Gambar kanan] mendakwa, suaminya telah di 'perdaya' oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Kesalamatan Kampung.

Menurut Fauziah yang tinggal dikampung Jelapang sejak 30 tahun lalu, suaminya menandatangani surat tersebut kerana dipaksa oleh pihak JKKK.

"JKKK kata semua orang sign (tandatangan), dia (suaminya) tidak usul periksa, turut sign surat itu,"ujarnya dengan nada kesal.

Pemeriksaan Buletinonline terhadap dokumen yang ditandatangani pesawah terbabit mendapati, terdapat dua keping surat yang menjadi asas kepada perancangan 'Mini-Estate padi'.

Surat yang pertama merupakan surat permohonan pesawah untuk menyertai rancangan mini estate, manakala surat kedua adalah surat penyerahan kuasa kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu untuk menerima sebarang subsidi.

Sehubungan itu, seorang pesawah Zainal Abidin Yusof , 50, melahirkan rasa tidak puas hati keatas perjalanan projek penanaman padi tersebut.

Selain merasa tertipu dengan tindakan kerajaan mahu melaksanakan rancangan 'Mini Estate' padi itu, Zainal mendakwa terdapat 'pilih kasih' dalam pengurusan.

Projek penanaman padi di Kampung Jelapang dimulakan kembali pada tahun 2008 setelah terbiar semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Dato' Seri Idirs Jusoh.

Pada zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004, kerajaan telah menghidupkan kembali sawah terbiar yang telah mula diusahakan pada tahun 1989.

Ketika perasmian pembukaan semula kawasan berkenaan, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berjanji akn membuka tanah baru seluas 1500 ekar dan memberikan 10 ekar kepada setiap petani.

Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.

“Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,

“sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,

“kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,”katanya.

Namun setelah dua tahun berlalu, kini, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi, bahkan tana padi sedia ada akan dirampas daripada pesawah untuk dijadikan 'Mini Estate'. 
 
 SUMBER BERITA DARIPADA : http://dialograkyat.blogspot.com/2011/08/mini-estate-padi-jkkk-ketua-blok-tipu.html

 

Dasar Jaminan Bekalan Makanan

Dasar Jaminan Bekalan Makanan 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara.

“Buat masa ini, input-input awal telah diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah pandangan daripada ahli akademik, Persatuan Pengeluar, Persatuan Peladang, Persatuan Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan. Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya, Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.
Paparan : 2353
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 September 2010
 
SUMBER: http://www.moa.gov.my/web/guest/dasar_jaminan_bekalan_makanan

Insentif pesawah masih diteruskan

Insentif pesawah masih diteruskan
22/06/2011 05:35 admin 163


Para pesawah masih mendapat subsidi kerajaan walaupun beberapa insentif yang diperkenalkan sewaktu krisis harga makanan pada 2008 dihentikan mulai tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asan Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, antara yang masih diteruskan itu ialah skim subsidi harga padi, insentif pengeluaran padi, insentif peningkatan hasil dan insentif benih padi sah.


‘‘Ini termasuk pemberian input pertanian seperti baja NPK tambahan, racun dan kapur menerusi Program Jaminan Bekalan Makanan bagi tahun 2011.


‘‘Purata bantuan subsidi yang diberi ialah kira-kira RM2,300 setiap musim. Inilah ciri-ciri negara kebajikan yang kerajaan Barisan Nasional (BN) telah laksanakan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mendakwa kerajaan telah memberhentikan semua insentif yang diberikan kepada pesawah.


Noh bagaimanapun memberitahu, sememangnya terdapat segelintir pesawah masih belum menerima insentif bagi peningkatan hasil berikutan kementerian kini kekurangan peruntukan sebanyak RM117 juta bagi tujuan tersebut.


Namun jelas beliau, kekurangan peruntukan itu telah dipohon di dalam Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.


‘‘Kementerian akan menyalurkan peruntukan itu kepada Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) untuk proses pembayaran setelah peruntukan tersebut diluluskan,” ujarnya.


Sementara itu, menjawab soalan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) sama ada pemberian elaun bulanan kepada nelayan telah dihentikan berikutan terdapat aduan yang mendakwa tidak lagi menerimanya, Noh berkata, program itu masih diteruskan.


‘‘Sebenarnya nelayan yang dihentikan bantuan itu kerana mereka telah melanggar beberapa syarat. Antaranya kemungkinan lesen bot atau sampan mereka telah tamat dan tidak diperbaharui.


‘‘Tetapi sekarang kita telah beri kemudahan kepada mereka iaitu nelayan dibenarkan menghidupkan lesen sehingga tiga tahun,” katanya.


Utusan Online: SUMBER : http://www.nohomar.net/portal/index.php?page=news&op=readNews&title=Insentif+pesawah+masih+diteruskan

RM3.38 Bilion Diperuntukkan Tingkat Sektor Pertanian – Najib

Posted in  April 22nd, 2011

SERDANG, 22 April (Bernama) — Kerajaan memperuntukkan RM3.38 bilion bagi membiayai perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bidang pertanian akan terus diberi perhatian dan keutamaan kerana sektor itu adalah kritikal untuk kesejahteraan rakyat. Jika gagal untuk menambah sumber bekalan makanan, rakyat akan menghadapi inflasi harga kenaikan barangan makanan yang tinggi.

“Oleh itu, salah satu daripada jawapan kepada ancaman ini, kita perlu berusaha dengan lebih gigih agar sumber bekalan makanan tempatan dapat ditingkatkan,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Najib berkata antara perbelanjaan yang telah diluluskan oleh kerajaan ialah pemberian subsidi harga padi sebanyak RM480 juta, pemberian subsidi baja padi (RM409 juta) dan insentif peningkatan hasil padi (RM80 juta).

“Selain itu, insentif pengeluaran hasil padi sebanyak RM150 juta di mana disediakan bantuan kos pembajakan dan baja tambahan, subsidi harga beras (RM167 juta), subsidi benih padi (RM85 juta) dan insentif hasil tangkapan nelayan (RM170 juta),” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini juga, kerajaan telah meluluskan peruntukan khas bagi tujuan penyelenggaran dan memperbaiki saluran pertanian dan usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi berjumlah RM165 juta.

Perdana Menteri berkata pada masa ini, kerajaan juga sedang melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi menyediakan saliran pertanian untuk tanaman padi dengan kos sebanyak RM319 juta.

“Di samping itu, kerajaan sedang mempertimbangkan peruntukan tambahan yang diperlukan tetapi ini tertakluk kepada perbelanjaan negara untuk menampung perbelanjaan tambahan.

“Tetapi peruntukan sebanyak RM400 juta tambahan telah diluluskan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selaras dengan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara,” katanya.

Selain pembiayaan kewangan dan perbelanjaan yang besar, Najib berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang telah diberikan peruntukan sebanyak RM120 juta pada tahun ini bagi menyediakan pinjaman mikro tanpa penjamin dan cagaran, serta kemudahan yang disediakan oleh Agrobank.

Beliau berkata Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian yang akan dipacu oleh sektor swasta, mencatatkan jumlah keseluruhan pelaburan untuk bidang itu berjumlah RM18.9 bilion, iaitu RM8.2 bilion merupakan pelaburan oleh kerajaan manakala swasta (RM10.7 bilion).

“NKEA pertanian disasar untuk menambah sumbangan kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM28.9 bilion pada 2020 dan membuka sebanyak 74,600 peluang pekerjaan,” katanya.

Sumber : Bernama
Tags: ,

Sumber: http://www.1malaysia.com.my/zh/news/rm3-38-bilion-diperuntukkan-tingkat-sektor-pertanian-najib/

Program subsidi, insentif, dan bantuan yang disediakan oleh Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada petani, penternak dan nelayan-Dewan Negara

Julai 28
SOALAN NO : 10
Pertanyaan : Jawab Lisan
Daripada : YB. Dato’ Haji Abdul Rashid Bin Ngah
Tarikh : 28 Julai 2010 (Rabu)
Soalan : YB. Dato’ Haji Abdul Rashid Bin Ngah minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan :- satu persatu jenis-jenis subsidi yang disediakan kepada petani, penternak dan nelayan dan jumlah setiap tahun dan apakah pula jenis-jenis subsidi yang boleh dikurangkan atau ditiadakan sama sekali.
Jawapan :
Tuan Yang Dipertua,
Program subsidi, insentif, dan bantuan yang disediakan oleh Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani kepada petani, penternak dan nelayan meliputi:
1. Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
Di bawah skim ini, pesawah diberi baja sebatian pada kadar 240kg/hektar (12 beg @ 20kg/beg) dan baja urea pada kadar 80kg/hektar (4 beg @ 20kg/beg).
2. Skim Subsidi Harga Padi (SSHP)
Kadar yang diberikan adalah RM248.10 bagi 1 tan metrik berat bersih padi yang dijadual di kilang-kilang yang berdaftar dengan BERNAS.
3. Subsidi Harga Beras
a) Semenanjung - Pembayaran sebanyak RM750 per tan metrik kepada pengilang beras yang mengeluarkan beras ST15% bagi memastikan bekalan beras ST15% mencukupi di pasaran
b) Sabah dan Sarawak
  • Harga borong per tan metrik diseragamkan pada RM2,100 bagi beras Super 5% dan RM1,350 bagi beras Super 15%
  • Pembayaran sebanyak RM600 per tan metrik di bayar kepada BERNAS bagi memastikan bekalan beras putih tempatan Sabah dan Sarawak dapat dijual di pasaran (subsidi ini telah tamat pada 31 September 2009)
4. Insentif Peningkatan Hasil Padi
Bantuan RM650 bagi setiap tan metrik peningkat hasil padi dan bayaran minimum RM200 bagi pesawah yang layak dan mengusahakan sawah kurang 2 hektar. Disalurkan oleh Kerajaan kepada semua pesawah yang berdaftar yang mencapai sekurang-kurangnya 1 peratus peningkatan hasil untuk menggalakkan pesawah agar berusaha lebih bagi meningkatkan hasil dan pendapatan bagi setiap hektar dan sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran beras Negara.

5. Insentif Pengeluaran Padi
  • Bantuan Upah Bajak
    Bantuan RM100/hektar/musim diberikan kepada semua pemilik jentera yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan atau petani yang mendapat khidmat pembajakan daripada pemilik jentera yang berdaftar dengan LPP, KADA, MADA dan Jabatan Pertanian Sarawak.
  • Baja Tambahan
    Bantuan RM140/hektar/musim bagi menggalakkan penggunaan baja organik dalam tanaman padi selain daripada baja kimia.
6. Insentif Benih Padi Sah
Bantuan kewangan RM1.03/kg kepada pengeluar benih padi sah bagi menggalakkan penggunaan benih padi yang berkualiti dan tahan lasak.
7. Meningkatkan Pengeluaran Beras (Di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan)
  • Pemberian baja tambahan, kapur dan racun perosak
    Bantuan baja, racun dan input- input lain diberikan dengan nilai RM1,280/ha.
  • Skim mekanisasi dan automasi ladang
    - Pembekalan jentera dan geran pemadanan untuk pemilikan jentera.
    - Geran pemadanan diberikan kepada usahawan industri asas tani yang berada di Tahap 4 yang memperolehi jualan tahunan melebihi RM250,000 hingga RM1,000,000 dan usahawan yang berada di Tahap 5 yang memperolehi jualan tahunan melebihi RM1,000,000 hingga RM10,000,000.
    - Bantuan dalam bentuk geran pemadanan adalah seperti berikut:

Tahap
Bantuan Peralatan
Bantuan Naik Taraf Premis
4
Geran pemadanan maksima RM100,000.00 (70%:30%)
5
Geran pemadanan maksima RM200,000.00 (50%:50%)
  • Perataan tanah
    Kadar RM1,500 per hektar diberikan kepada pesawah.
  • Pengapuran
    Bantuan ini diberikan kepada pengusaha tanaman padi yang layak dan berdaftar dengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dengan kadar pemberian 3 metrik tan per hektar untuk tiga tahun.
8. Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan
Subsidi diesel pada harga RM1.25 seliter kepada nelayan yang menggunakan vesel berjentera dalam dan Subsidi petrol pada harga RM1.25 seliter kepada nelayan yang menggunakan jentera sangkut;
9. Elaun Sara Hidup Nelayan
Kadar pembayaran RM200 sebulan kepada pemegang lesen dan pekerja vesel warganegara Malaysia.

10. Insentif Hasil Tangkapan
Insentif Hasil Tangkapan diberi pada kadar RM0.10 bagi setiap kilogram ikan yang ditangkap dan diisytiharkan kepada LKIM.
11. Program Bumi Hijau
Bantuan diberi untuk melaksanakan projek tanaman, ternakan ayam/itik dan ternakan ikan dalam kanvas/sangkar.
12. Program Insentif Pengeluaran
Insentif pengeluaran disediakan kepada pengusaha tanaman, ternakan dan pengusaha akuakultur mengikut kadar tertentu mulai tahun 2008.
13. SKIM TRUST
Skim TRUST (Skim Transformasi Usahawan Ternak) adalah skim bantuan ternakan yang diberikan kepada para penternak berupa induk lembu dan kambing bertujuan untuk meningkatkan jumlah ternakan. Bantuan maksimum bagi penternakan lembu adalah 100 ekor dan bagi penternakan kambing adalah 300 ekor.

Jumlah subsidi pertanian yang disediakan oleh kerajaan untuk sektor pertanian setiap tahun adalah:
  • RM900 juta bagi subsidi padi meliputi subsidi baja padi, subsidi harga padi, insentif peningkatan hasil padi, insentif pengeluaran padi dan insentif pengeluaran benih padi sah;
  • RM250 juta bagi subsidi perikanan meliputi subsidi diesel dan petrol, elaun sara hidup nelayan dan insentif pengeluaran perikanan;
  • RM76 juta untuk inesentif tanaman dan program bumi hijau tanaman; dan
  • RM125juta untuk insentif ternakan dan program bumi hijau ternakan.
Berdasarkan kepada rumusan Subsidy Rationalization Lab mulai 2 Februari hingga 1 Mac 2010 untuk mengurangkan tanggungan subsidi tanpa menjejaskan objektif sosial. Hasil daripada makmal ini bagi sektor pertanian adalah cadangan untuk:
  • Meneruskan subsidi benih, harga padi dan elaun sara hidup nelayan;
  • Menambah baik skim subsidi baja padi dengan mewujudkan pengurusan baja mengikut lokasi dan memansuhkan subsidi bagi baja tambahan, bajak tanah dan insentif peningkatan hasil padi; dan
  • Mengurangkan secara berperingkat subsidi diesel dan petrol.
SOALAN NO : 13
Pertanyaan : Jawab Lisan
Daripada : Tuan Haji Ahmad Rusli Bin Haji Iberahim
Tarikh : 28 Julai 2010 [Rabu]
Soalan : Tuan Haji Ahmad Rusli Bin Haji Iberahim minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan :- Usaha-usaha Agro Bank dalam industri Burung Walit di negara ini.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman ahli yang berhormat, Agrobank telah menyediakan peruntukan khusus bagi memastikan industri sarang burung walit dapat dibangunkan di negara ini. Terdapat dua dana bagi tujuan ini iaitu Skim Kredit Mikro (Mikro-ESP) dan Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM) di bawah Dana Pinjaman Usahawan Pertanian (DPUP). Bagi Pengusaha mikro sebanyak RM1 juta disediakan setiap bulan bagi pinjaman di antara RM10,000 sehingga RM30,000 dengan kadar faedah 4%. Manakala bagi kategori kecil, sederhana dan besar, sebanyak RM67.7 juta disediakan di bawah SKPM bagi pinjaman di antara RM10,000 sehingga RM5 juta dengan kadar faedah 3.75%.
Di samping itu, beberapa usaha lain telah dilaksanakan oleh Agrobank bagi memperkenalkan pembiayaan industri sarang burung walit kepada orang ramai iaitu seperti mengadakan sidang akhbar, makluman di akhbar tempatan, ceramah, seminar, dan promosi di antara agensi dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sehingga 14 Julai 2010, Agrobank telah meluluskan sebanyak 83 permohonan daripada pengusaha sarang burung walit dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM15.759 juta.
SOALAN NO : 34
Pertanyaan: Lisan
Daripada : Tuan Haji Muhamad Yusof B. Husin
Tarikh : 28 Julai 2010
Soalan : Tuan Haji Muhamad Yusof B. Husin minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan adakah Kerajaan mempunyai pelan tindakan menyeluruh untuk menjamin sektor pertanian berdaya maju sehingga pada masa akan datang di mana negara ini tidak lagi bergantung kepada bekalan makanan terutama beras dari negara luar. Jika ada, nyatakan pelan tindakannya dan jika tidak berikan sebab-sebabnya.
Jawapan :
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada masa ini sedang menggubal Dasar Pertanian Negara Keempat yang meliputi tempoh 2011-2020. Ia merupakan satu pelan tindakan yang menyeluruh untuk menjamin sektor pertanian terus berdaya maju bagi tempoh 10 tahun untuk mengelakkan pergantungan kepada bekalan makanan terutama beras dari negara luar. Dalam menggubal dasar baru ini, Kementerian telah mengambil kira persekitaran baru agro makanan global yang meliputi peningkatan harga makanan dunia, peningkatan penggunaan komoditi makanan untuk biotenaga, perubahan iklim dan peningkatan kos pengeluaran.
Dasar yang sedang digubal adalah berteraskan pengukuhan kedayasaingan dan kemampanan di sepanjang rantaian nilai. Ini bermakna, kedayasaingan sektor agro makanan boleh dikukuhkan dengan pengurusan sumber yang lebih bijak dan cekap di samping memelihara kelestarian sumber alam dan mengurangkan kemerosotan kualiti alam sekitar. Dasar ini adalah dirangka untuk mencapai dua objektif penting iaitu meningkatkan pengeluaran untuk menjamin bekalan makanan mencukupi untuk negara dan meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui pertanian bernilai tinggi supaya ianya dapat merapatkan jurang antara sektor ekonomi di bandar dan luar bandar.
Melalui pelaksanaan strategi-strategi ini, pengeluaran agro makanan akan ditingkatkan untuk memenuhi keperluan negara dan untuk eksport. Walaupun demikian, Kementerian tidak merancang untuk mencapai tahap sara diri bagi semua jenis agro makanan memandangkan peningkatan pengeluaran adalah berdasarkan faktor-faktor seperti kos pengeluaran, kesesuaian tanah dan produktiviti.
Bagi menentukan negara ini tidak bergantung pada beras daripada luar negara, Kerajaan melalui pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil tindakan seperti berikut:
(i) Tindakan jangka masa pendek bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi:
  • Penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran,
  • Perataan tanah sawah,
  • Peningkatan kesuburan tanah,
  • Kawalan makhluk perosak,
  • Pemilikan jentera dan mekanisasi ladang
  • Kempen meningkatkan kesedaran pesawah untuk mengurus dan meningkatkan pengeluaran padi, dan
  • Khidmat sokongan penyelidikan dan promosi teknologi.
(ii) Tindakan jangka panjang bagi menambah pengeluaran dengan cara meningkatkan intensiti penanaman dan pembukaan kawasan baru di kawasan jelapang yang sedia ada.
  • Pembangunan Infrastruktur Saliran Dan Pengairan
  • Program Jelapang Padi Sabah
  • Program Jelapang Padi Sarawak
Bagi tahun 2008 hingga 2010, sebanyak RM7.36 bilion telah diperuntukkan bagi subsektor padi. Ia telah memberi kesan kepada pengeluaran padi negara daripada 2.37 juta MT pada tahun 2007 kepada 2.51 juta MT pada tahun 2009 iaitu bertambah sebanyak 5.9%. Langkah-langkah seterusnya yang dilaksanakan di bawah Dasar AgroMakanan yang akan diumumkan pada tahun ini. Kandungan Dasar AgroMakanan bagi padi adalah seperti berikut:
(i) Merasionalisasikan Penggunaan Sumber;
  • Menentukan Kawasan-Kawasan Pengeluaran Padi
(ii) Meningkatkan Kecekapan Dan Produktiviti;
  • Peningkatan Pengeluaran Hasil Dan Kekerapan Penanaman
  • Mempertingkatkan Struktur Pengeluaran
  • Penglibatan Sektor Swasta
(iii) Memperkukuhkan Asas Ekonomi;
  • Memperkukuhkan Institusi dan Khidmat Sokongan
  • Memperkukuhkan Sistem Pemasaran dan Pemprosesan
  • Penstrukturan Semula Pakej Subsidi
(iv) Penentuan Sumber Strategik;
  • Mempelbagaikan produk nilai tambah dan niche market
  • Pengurusan Stok Penimbal
  • Pendidikan Kepenggunaan;
  • Tabiat Pengguna
SOALAN NO : 48
Pertanyaan : Lisan
Daripada : Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok
Tarikh : 28 Julai 2010 (Rabu)
Soalan : Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan: maklumat terperinci berhubung dengan status perjalanan projek nasional dalam perikanan laut dalam yang dilaksanakan oleh Konsortium Perikanan Nasional Berhad dan status Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan anak-anak syarikat Kerajaan di bawahnya dalam industri atau aktiviti penangkapan ikan laut dalam, pemprosesan produk perikanan dan pengedaran ikan di dalam pasaran Malaysia.
Jawapan :
Tuan Yang DiPertua,
Penubuhan Konsortium Perikanan Nasional Berhad (KPNB) adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bertujuan menerajui industri perikanan laut dalam. Konsortium ini terdiri daripada syarikat-syarikat yang telah lama berkecimpung dalam industri berkenaan. Perjanjian Implementasi di antara KPNB dan Kerajaan memang bertujuan meletakkan peranan KPNB sebagai peneraju utama industri perikanan negara.
Peranan Kerajaan adalah sebagai pemudahcara kepada KPNB untuk mencapai hasrat tersebut. KPNB bertindak sebagai konsortium perikanan bersepadu dan lengkap yang terdiri daripada kumpulan kapal perikanan laut dalam serba moden, pusat pemprosesan makanan laut serta produk-produk perikanan dan rangkaian pemasaran dan pengedaran yang meluas.
Oleh itu, KPNB perlu memperkukuhkan kedudukan kewangan dan pengurusan melalui Perjanjian Pemegang Saham oleh syarikat-syarikat yang menganggotai konsortium ini. Sehingga kini, pihak KPNB masih belum berupaya untuk mendapat komitmen kewangan sepenuhnya daripada pemegang-pemegang saham. Justeru itu, Kementerian tidak menyenaraikan KPNB sebagai satu konsortium yang aktif untuk membantu kemajuan dan pemodenan industri.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 (Akta 49). Tujuan LKIM ditubuhkan adalah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta mengembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
LKIM mempunyai 2 anak syarikat yang terlibat dalam industri atau aktiviti penangkapan ikan, pemprosesan produk perikanan dan pengedaran ikan iaitu Majuikan Sdn. Bhd. (MSB) dan Pan Nelayan Holdings Bhd. (PNHB).
i) MAJUIKAN SDN. BHD. (MSB)
Majuikan Sdn. Bhd. (MSB) adalah merupakan anak syarikat 100 peratus milik LKIM dan terlibat secara aktif menjalankan perniagaan berteraskan kepada aspek pengeluaran, pemasaran dan jualan, perkhidmatan dan pemprosesan seperti berikut:
1. Pengeluaran
• penangkapan ikan laut dalam
• pembekalan makanan udang
• pembangunan ternakan ikan berteknologi tinggi
2. Pemasaran dan Jualan
• jualan Produk Hasil Perikanan (menerusi jenama SAJIMAS dan MAJUIKAN)
• jualan Produk makanan udang (MAJUFEED)
• jualan Hasil Laut – segar dan beku
3. Perkhidmatan
• penyelenggaraan vesel nelayan dan kapal-kapal Agensi Kerajaan dan swasta serta kerja-kerja Kejuruteraan Marin
• mengoperasikan gudang Bonded/Non-Bonded dan bertindak sebagai Agen Forwarding
• pengurusan Kompleks/Pelabuhan Perikanan
4. Pemprosesan
• Pengilangan Produk Perikanan
• Kontrak Pengilangan
• Pengilangan makanan udang
Selain menjalankan perniagaan teras di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur, MSB turut menjalankan perniagaan di peringkat negeri. Antara premis perniagaan MSB di peringkat negeri adalah seperti berikut:
(a) Kompleks LKIM Kuantan, Pahang;
(b) Kilang Memproses Produk Perikanan di Chendering, Terengganu;
(c) Kilang Memproses Produk Perikanan di Kuantan, Pahang;
(d) Kompleks LKIM Kuala Linggi, Melaka; dan
(e) Kilang Memproses Makanan Udang di Pantai Merdeka, Kedah.
Manakala bagi peringkat kumpulan pula, MSB menjalankan aktiviti-aktivitinya menerusi anak-anak syarikat. Anak-anak syarikat MSB adalah seperti berikut:
  • Asas Ombak Sdn. Bhd. - operasi bot pukat tunda dan bot pukat jerut.
  • Majuikan Engineering & Maritime Services Sdn. Bhd. - kerja-kerja kejuruteraan dan perkhidmatan teknikal
  • Majuikan Forwarding Sdn. Bhd.
Pada tahun 2009, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MSB di peringkat syarikat dan kumpulan telah mencatatkan pendapatan (turnover) sebanyak RM24,499,524 manakala kerugian bersih dicatatkan berjumlah RM4,050,996.
ii) PAN NELAYAN HOLDINGS BERHAD (PNHB)
Pan Nelayan Holdings Berhad (PNHB) mula beroperasi pada Jun 2006 bertujuan untuk mengadakan jaringan pemasaran ikan dan produk perikanan di seluruh negara dan bersaing dalam pasaran eksport menjelang 2010. Beberapa usaha telah dilaksanakan oleh PNHB secara berperingkat sebagai langkah persediaan sebelum menceburi pasaran eksport. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan ialah:-
  • menubuhkan Pusat Pengumpulan/Pengedaran Utama (PPU) di Kota Kinabalu Sabah;
  • memulakan projek dengan membawa masuk ikan basah dari Sabah melalui pengangkutan udara dan diedarkan di Semenanjung;
  • mempelbagaikan kemasukan ikan beku dan basah dengan menggunakan pengangkutan udara dan laut;
  • mempelbagaikan punca lokasi bekalan dari Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung serta Kepulauan Riau Indonesia;
  • menubuhkan Pusat Pengumpulan/Pengedaran Utama (PPU) di Gombak Selangor untuk sasaran pasaran di Lembah Kelang;
  • menambah jaringan baru melalui konsep ‘one stop centre’ produk hasil laut yang dikenali dengan ‘Fish Island’;
  • menambah jaringan baru melalui konsep ‘Fish On Wheel’; dan
  • mempelbagai produk hasil tangakapan kepada produk ikan basah, ikan beku, ikan kering dan produk hasil laut yang lain.
Berdasarkan laporan prestasi kewangan PNHB, nilai urusniaga PNHB didapati telah mengalami penurunan dari tahun ke tahun. Ini adalah kerana jumlah pendapatan PNHB adalah RM680,687 bagi tahun 2007, RM334,539 pada tahun 2008 dan RM275,002 bagi tahun 2009.
SOALAN NO : 51
Pertanyaan : Lisan
Daripada : Puan Hjh. Mumtaz Bt. Md. Nawi
Tarikh : 28 Julai 2010
Soalan : Puan Hjh. Mumtaz Bt. Md. Nawi
minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan:-
a. Pendapatan dan keluasan penanaman sayuran dan buah-buhan organik untuk 10 tahun (2000-2010); dan
b. Jumlah kegunaan tempatan dan jumlah dieksport dan negara yang terlibat.
Jawapan :
Tuan Yang Di Pertua,
a) Perladangan organik merupakan satu sistem pengeluaran tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik seperti baja kimia sebatian, racun perosak dan hormon penggalak tumbesaran (plant growth regulator). Amalan ini memberi tumpuan kepada langkah-langkah melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian biologi.
Semenjak tahun 2003, Jabatan Pertanian telah menjalankan Skim Organik Malaysia (SOM) bagi mengiktiraf pemilik ladang yang mengusahakan tanaman mengikut keperluan piawaian organik Malaysia, MS 1529:2001. Dari tahun 2003 hingga 2010, seramai 37 orang pengusaha telah mendapat Sijil Skim Organik Malaysia (SOM) di seluruh Semenanjung Malaysia yang mana 26 orang daripadanya adalah pengusaha buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Sepanjang tempoh tujuh (7) tahun tersebut, jumlah keseluruhan keluasan penanaman organik yang direkodkan adalah sebanyak 707 hektar dengan penanaman buah-buahan organik seluas 256 hektar dan sayur-sayuran organik seluas 111 hektar.
Sepanjang tahun 2003 hingga 2010 juga, anggaran jumlah pengeluaran bagi penanaman buah-buahan organik adalah sebanyak 1,537 metrik tan manakala sayur- sayuran organik pula adalah sebanyak 1,002 metrik tan. Purata pendapatan sebulan untuk sehektar ladang organik adalah sebanyak RM3,000 setahun bagi buah- buahan dan RM4,500 setahun bagi sayur-sayuran.
Kementerian ini juga sedar bahawa terdapat pengusaha- pengusaha yang mengeluarkan buah-buahan dan sayur- sayuran yang dijual sebagai organik tidak memperoleh sijil SOM ini. Data pengusaha-pengusaha ini tidak termasuk dalam rekod Kementerian. Namun demikian, jumlah pengeluaran bagi penanaman buah-buahan serta sayur- sayuran organik yang tidak berdaftar adalah termasuk dalam pengeluaran penanaman secara konvensional. Purata pertumbuhan peningkatan pengeluaran buah-buahn serta sayur-sayuran yang dicatatkan masing-masing adalah sebanyak 5.6% daripada 1.0 juta metrik tan (2000) kepada 1.8 juta metrik tan (2010) dan 4.9% daripada 405 ribu metrik tan (2000) kepada 651 ribu metrik tan (2010) setahun.
Data eksport dan import dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut klasifikasi piawai antarabangsa. Data perdagangan tersebut tidak mengelaskan perdagangan sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut cara penanaman organik atau menggunakan bahan kimia. Sebaliknya, hanya data mengikut jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang didagangkan dari dalam ke luar negara sahaja direkodkan.
Secara keseluruhan, jumlah nilai eksport yang dicatatkan bagi buah-buahan adalah sebanyak RM512.4 juta pada tahun 2000 dan RM520.1 juta pada tahun 2009 dengan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 0.2%. Jumlah nilai eksport bagi sayur-sayuran pula adalah sebanyak RM278.8 juta pada tahun 2000 dan RM633.6 juta pada tahun 2009 dengan purata pertumbuhan 9.6% setahun.

SOALAN NO : 64
Pertanyaan : Lisan
Daripada : Dato’ Azian Bin Osman
Tarikh : 28 Julai 2010 (Rabu)
Soalan : Dato’ Azian Bin Osman minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan: Mengapa teknologi tanaman padi Malaysia berada jauh di belakang negara lain contohnya Thailand sedangkan Malaysia mempunyai banyak institut kajian pertanian seperti MADA, FAMA, MARDI dan lain-lain.
Jawapan :
Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Pada asasnya, dua faktor utama perlu diambilkira dalam menentukan jumlah pengeluaran padi atau beras yang dihasilkan oleh sesuatu negara, iaitu keluasan kawasan yang ditanam dengan padi dan keupayaan pengeluaran dari seunit keluasan penanaman.
Perbandingan purata pengeluaran padi dan beras antara Malaysia dan Thailand menunjukkan bahawa pengeluaran padi nasional ialah 3.9 tan/hektar dan purata di kawasan jelapang ialah 4.3 tan/hektar berbanding dengan pengeluaran di Thailand 3.26 tan/hektar.
Dari segi penghasilan beras, purata penghasilan beras Malaysia ialah 2.6 tan/hektar, adalah lebih tinggi dari Thailand 2 tan/hektar. Ini menunjukkan bahawa teknologi tanaman padi Malaysia adalah lebih terkehadapan berbanding dengan Thailand.
Faktor penting yang menjadikan pengeluaran negara Thailand tinggi sebenarnya ialah kawasan penanamannya yang luas iaitu sembilan (9) juta hektar berbanding 500,000 hektar di Malaysia, bukannya keupayaan penghasilannya per hektar.
MARDI telah memainkan peranan penting dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) tanaman padi sejak penubuhannya pada tahun 1969. Semenjak itu, tidak kurang dari 35 jenis/varieti padi telah dihasilkan dan yang terakhir ialah dua varieti padi baru iaitu MR 220CL1 dan MR 220CL2 yang diisytiharkan pada 8 Julai 2010 lalu hasil usahasama MARDI dengan sebuah syarikat swasta. Kedua-dua varieti ini adalah untuk mengatasi masalah padi angin dan berpotensi untuk memberikan hasil yang setanding dengan padi MR 220 di antara 5.7 dan 9.7 tan/hek. Pada keseluruhannya, penyelidikan padi di Malaysia adalah setanding dengan negara lain.
Faktor-faktor yang perlu diberi penekanan ialah pengurusan ladang dan amalan agronomi yang cekap serta cost-effective. Ini terbukti di mana Projek Perintis Teknologi Pengeluaran Padi di bawah program Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara yang melibatkan lapan kawasan jelapang dan lima kawasan luar jelapang telah berupaya secara puratanya meningkatkan hasil padi sebanyak 1.0 tan/hektar. Purata hasil sehektar adalah di antara 5.0 dan 5.5 tan/hektar berbanding dengan purata hasil nasional sebanyak 3.9 tan/hektar.
Bagi menentukan kaedah dan sistem penanaman piawai diamalkan pengusaha dan menjamin hasil pengeluaran yang tinggi, MARDI telah mengeluarkan beberapa manual penamanan padi sebagai sumber rujukan kepada pengusaha tanaman padi seperti, Manual Teknologi Penanaman Padi Berhasil Tinggi; Manual Teknologi Pengendalian Lepastuai dan Pengilangan Padi dan Beras Berkualiti; Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari; Manual Teknologi Kawalan Padi Angin, dan Manual Teknologi Pengeluaran Biji Benih Padi.
SOALAN NO : 69
Pertanyaan : Lisan
Daripada : Datuk Hajah Wan Hazani Binti Wan Mohd Nor
Tarikh : 28 Julai 2010 (Rabu)
Soalan : Datuk Hajah Wan Hazani Binti Wan Mohd Nor minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan: Selain dari memberi subsidi baja dan subsidi harga padi, adakah bantuan lain yang diberikan kepada petani yang mengerjakan penanaman padi di kampung tradisional yang tiada kemudahan tali air dan mengerjakan tanaman padi sekali setahun sahaja.
Jawapan :
Tuan Yang Dipertua,
Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,
Selain daripada bantuan subsidi baja dan subsidi harga padi, semua petani yang mengerjakan tanaman padi di kawasan luar jelapang termasuk di kampung tradisional di seluruh negara layak untuk menerima beberapa subsidi-subsidi lain.
Antara subsidi lain yang boleh diterima oleh petani yang layak adalah subsidi baja tambahan, upah kos pembajakan kawasan sawah, insentif peningkatan hasil pengeluaran padi, bantuan baja NPK, bantuan racun makhluk perosak, bantuan pengapuran dan subsidi harga benih padi. Syarat-syarat yang dikenakan untuk mendapatkan subsidi-subsidi ini adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Berdaftar dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Jabatan Pertanian Sarawak dan Syarikat Padi Beras Nasional Bhd. (BERNAS);
  • Berdaftar di bawah Skim Subsidi Baja Padi Kerjaan Persekutuan (SBPKP);
  • Mengusahakan tanaman padi di kawasan yang tidak melebihi 2.4 hektar.
Jenis-jenis subsidi yang terlibat adalah seperti berikut:
(a) Insentif Pengeluaran Padi
  • Baja Tambahan (Organik)-Bantuan baja tambahan dengan kadar RM140/hektar/musim
  • Upah Pembajakan-Bantuan insentif pembajakan kepada pesawah bernilai RM100/hektar/musim
(b) Insentif Peningkatan Hasil
Bayaran insentif sebanyak Rm650/MT kepada petani-petani/pengusaha-pengusaha yang meningkatkan hasil pengeluaran sekurang-kurangnya 1% berbanding musim asas

(c) Bantuan Baja NPK

6 beg/hektar (25kg/beg) bernilai maksimum RM405 (Semenanjung) dan RM414.75 (Sabah dan Sarawak)

(d) Bantuan Kawalan Makhluk Perosak

Bantuan diberi dalam bentuk kupon pada kadar maksimum RM200/hektar/musim

(e) Bantuan Pengapuran

Kadar bantuan RM970/hektar diberi 3 tahun sekali

Bagi tahun 2009 jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan bagi membiayai pelbagai bentuk subsidi, insentif dan bantuan kepada petani yang mengerjakan tanaman padi adalah sebanyak RM3.25 bilion.

 

Paparan : 1842
Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 September 2010
Sumber: http://www.moa.gov.my/web/guest/dn_julai28

Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB)

Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB)
 
Seksyen Industri Padi Dan Beras (IPB)Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Jelapang Padi
  • Kerian Sg. Manik
  • Seberang Perak
  • Pulau Pinang
  • Kemasin Semerak
  • Barat laut Selangor
  • KETARA
Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in-situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967.
Sejak tahun itu konsep pembangunan seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) hampir ke seluruh negara.   Pada asasnya pendekatan pembangunan pertanian bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian (dan juga kiranya diperlukan agensi-agensi Kementerian lain).  Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan.
Objektif IADA
Setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat.  Walau bagaimanapun secara amnya objektif IADA jelapang padi adalah untuk:- 
  • Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan. 
  • Memodenkan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dan mampu bersaing dalam pasaran dan luar negeri. 
  • Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan.
  • Meningkatkan purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim menjelang tahun 2010.
Skop Dan Fungsi IADA
Skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan  semasa penubuhannya  berdasarkan Kajian Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan infrastruktur pertanian dan pembangunan  sub-sektor tanaman, perikanan dan ternakan secara "in-situ" serta industri asas tani. Fungsi utama IADA ialah :
a.Mempertingkatkan infrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu. 
b.Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian. 
c.Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan.
d.Mengukuhkan perkhidmatan agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang.
Maklumat Asas IADA
JelapangTahun PenubuhanLuas Kawasan (ha)
ProjekPertanianPadi
MADA1965126,155109,501            96,558
KADA196889,50064,555            31,464
Kerian Sg. Manik197966,28230,560            28,488
Barat Laut Selangor1979199,19982,044            19,701
Seberang Perak198117,30716,437              8,529
KETARA1992258,73665,828              5,110
Kemasin Semerak198268,35046,560              5,560
Pulau Pinang1983104,63667,095            10,138
Alamat IADA
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Ibu Pejabat MADA,Ampang Jajar,
05990 Alor Setar,Kedah.
Tel : 04-7728255
Fax: 04-7722667
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Peti Surat 127, Jalan Dato' Lundang,
15710 Kota Bharu,Kelantan.
Tel : 09-7442237
Fax: 09-7441053
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA),
Gerai 22000 Jerteh,Terengganu.
Tel : 09-6973515
Fax: 09-6971040
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian,Kerian Sg. Manik,
Jalan Matang Buluh,
34300 Bagan Serai,Perak
Tel : 05-7215260
Fax: 05-7219892
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
Tingkat Satu, Blok A,Jalan Jelawat,
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang
Tel : 04-3907801
Fax: 04-3907803
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian,
Barat Laut Selangor,
Kompleks Pejabat Barat Laut Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor
Tel : 03-32891411
Fax: 03-32893342
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Seberang Perak,
Pejabat Komponen Pertanian,
Jabatan Pertanian Sungai Dedap,
36000 Teluk Intan,
Perak
Tel : 05-6552373
Fax : 05-6552262 / 3711678
______________

Jurutera Projek,
Projek Pembangunan Pertanian Seberang Perak/Tumbuh Blok Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Malaysia KM 1,
Jalan Tanjong Tualang
36800 Kg. Gajah, Gajah,
Perak
Tel : 05-6551362
Fax : 05-6552207
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Kemasin/Semerak,
Kompleks JPS,Peti Surat 300,
15730 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09-7419888
Fax : 09-7441113
Insentif
InsentifKadar
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan2 beg baja urea, 5 beg baja campuran masing-masing seberat 20kg bagi setiap ekar sawah
Subsidi Harga PadiRM248.10 setan metrik bersih dipintu kilang
Harga Minimum Terjamin (GMP)RM650.00
Insentif  Pengeluaran Padi  Upah Bajak pada kadar maksimum RM100.00 sehektar dan input pertanian (racun dan baja)  maksimum RM140.00 sehektar
Insentif Peningkatan HasilRM650.00 bagi setiap 1 tan metrik peningkatan hasil bersih dipintu kilang berbanding tahun sebelumnya (tahun asas)
Paparan : 5635
Tarikh Akhir Dikemaskini : 27 September 2010
Sumber : http://www.moa.gov.my/web/guest/industri_padi_beras

Senarai Bantuan, Subsidi dan Insentif Industri Padi dan Beras Tahun 2009

Senarai Bantuan, Subsidi dan Insentif Industri Padi dan Beras Tahun 2009
Bil
Program
Kadar Bantuan
Peruntukan
(RM juta)
1
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)
  • 240kg/ hektar baja sebatian (12 beg @ 20kg/ beg) dan
  • 80kg/ hektar baja urea (4 beg @ 20kg/ beg)

275.06
2
Skim Subsidi Harga PadiRM248.10/ MT
448.00
3
Insentif Pengeluaran Padi


i)  Baja TambahanRM140/ ha/ musim (maksimum)
95.06

ii) Bantuan Upah BajakRM100/ ha/ musim (maksimum)
54.94
4
Insentif Peningkatan HasilRM650/ MT setiap tan kenaikan
40.00
5
Baja Tambahan NPK3 beg @ 50kg setiap beg/ ha
250.00
6
Bantuan Kawalan Makhluk PerosakRM200/ ha/ musim
173.00
7
KapurRM850/ ha (diberi 3 tahun sekali)
46.00
8
Subsidi Beras PengilangSemenanjung: RM750/ mt
Sabah & Sarawak: RM600/ mt
Diberikan kepada pengilang yang mengambil bahagian supaya mengeluarkan beras ST15%
250.00
9
Subsidi Beras Sabah & SarawakPerbezaan antara kos pembelian beras import dengan harga jualan borong
150.00

Paparan : 2529
Tarikh Akhir Dikemaskini : 29 Disember 2010
Sumber :http://www.moa.gov.my/web/guest/insentif_padi_n_beras