Album

Album
Album2010

Wednesday 17 August 2011

Jelapang Padi Setiu Mampu Hasilkan Beras Untuk Keperluan Terengganu

17 Ogos, 2011 12:24 PM

SETIU, 17 Ogos (Berrnama) -- Jelapang padi di Sri Cempaka, Kampung Jelapang, di sini yang mempunyai keluasan 735 hektar (1,816 ekar) sawah yang baru dibangunkan, mampu menampung keperluan beras di Terengganu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata sehubungan itu, beliau mahu agensi pertanian yang terlibat menjalankan kajian memastikan tanaman padi di kawasan itu mencapai sasaran pengeluaran sembilan hingga 10 tan metrik sehektar.

"Penanaman padi di kawasan itu berhadapan dengan beberapa masalah, antaranya serangan penyakit padi dan tanah gambutnya yang tidak sesuai kerana kawasan itu baru dibangunkan.

"Ini menyebabkan hasil tanaman daripada projek perintis yang diusahakan 19 petani dengan keluasan 32 hektar hanya mencapai 1.73 metrik tan sehektar," katanya kepada pemberita selepas melawat jelapang padi itu di sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri, Asha'ari Idris; Pengarah Pertanian Negeri, Yusof Maidin; dan Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri, Mat Hussin Ghani.

Ahmad berkata beliau telah meminta kajian dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Mardi untuk mencari kesesuaian dari segi teknik dan benih padi yang sesuai ditanam di Jelapang Padi Setiu agar mencapai sasaran pengeluaran.

-- BERNAMA
SUMBER : http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=608650
Tarikh : 18/08/2011

No comments:

Post a Comment