Album

Album
Album2010

Sunday 15 June 2008

Pusat setuju bina empangan di Setiu

ARKIB : 15/06/2008

SETIU 14 Jun 2008 - Kerajaan Pusat bersetuju untuk membina sebuah empangan kecil di daerah ini tidak lama lagi, bagi mengatasi masalah banjir supaya hasil tanaman petani tidak terjejas oleh bencana alam itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, selain itu empangan berkenaan juga adalah untuk tujuan menyalurkan air kawasan pertanian termasuk sawah yang diusahakan di daerah itu.

''Kerajaan prihatin terhadap nasib rakyat di sini sebab itu projek empangan ini akan dilaksanakan," kata Perdana Menteri semasa berucap merasmikan Jelapang Padi Mak Jintan di sini hari ini. Abdullah turut melahirkan perasaan bangga dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang memajukan tanah terbiar dengan projek penanaman padi seperti yang diusahakan di Mak Jintan di sini.

Katanya, beliau difahamkan kawasan terbiar yang dibangunkan dengan tanaman padi bukan sahaja di Setiu, tetapi juga di beberapa daerah lain yang berpotensi untuk tujuan itu. ''Projek ini seharusnya diperhebatkan dan negeri lain boleh mencontohi usaha ini,'' kata Perdana Menteri. Katanya, Malaysia sememangnya mempunyai banyak tanah terbiar yang jika dimanfaatkan boleh digunakan untuk menambah pengeluaran makanan negara.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0615&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

No comments:

Post a Comment