Album

Album
Album2010

Saturday 14 June 2008

PM tiba lawatan kerja di Terengganu

14/06/2008 11:01am

KUALA TERENGGANU 14 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di sini pagi ini bagi lawatan kerja sehari ke Terengganu. Ketibaan Abdullah yang diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) kira-kira pukul 9.55 pagi disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan anggota Exco.

Sejurus tiba, Perdana Menteri berlepas ke Universiti Malaysia Terengganu bagi melancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Selepas itu, Abdullah dijadual mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO empat peringkat negeri Terengganu di Hotel Primula Beach Resort diikuti dengan jamuan tengah hari.

Petangnya Perdana Menteri akan merasmikan Jelapang Padi di Mat Jintan, Setiu. Selepas majlis tersebut, Perdana Menteri dijadual berlepas ke Kuching, Sarawak bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2008. - Bernama.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0614&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm&arc=hive

No comments:

Post a Comment