Saudara-saudaraku sekalian,
Salahkah kita menuntut hak kita sendiri???
kalau kita berkerja, kita mesti mahu upah...
kalau kita belajar, kita mahu tambah ilmu....
kalau kita jadi pengusaha, semestinya kita mahu hasilnya...
Begitu juga dengan orang jelapang...
kalau menoreh, mesti mahu hasil getahnya..
kalau menanam padi, mahu hasil padinya...
kalau berkebun, mahu hasil kebunnya...
kalau boleh hasil usaha kita, kita kawal sendiri...
kita boleh urus sendiri...kita boleh menikmati hasilnya sendiri...
kalau orang KADA jual padi, dapat harga patut..
kalau orang MADA jual padi, dapat harga patu...
kalau orang Tanjung Karang jual padi, dapat hasil yang patu...
orang jelapang pun begitu...
rasanya padi orang jelapang kalau diproses...
hasil berasnya seperti juga hasil beras orang KADA, MADA, dan Tanjung Karang...
tetapi..kenapa orang jelapang tidak dapat subsidi padi..bayaran insentif padi...harga padi yang patut...
mungkin padi jelapang kurang berkualiti...tapi..patutkah subsidi padi tak dapat..bayaran insentif tak dapat????
kami orang jelapang...cuma menutut hak kami...
adakah kami bersalahan????? sebab menuntut hak...
tolonglah... jaga kepentingan orang2 kampung kami...
kami sedar..hanya beberapa orang sahaja yang telibat...
mungkin 200 -300 orang sahaja bekepentingan di kampung jelapang...
mungkin orang kemaman, paka, dungun dan sebagainya tidak telibat seperti masalah orang jelapang..
tetapi...tidak wajarkah kami dipedulikan??????
terima kasih banyak2 kepada sesiapa yang peduli tentang nasib kami...
belum termasuk lagi isu hakmiliknya..
bagaimana mana status hakmilik tanah padi yang sudah diusahakan berpuluh tahun...
sehingga kini masih status tanah haram terengganu...bagamana hakmiliknya...
adakah yang mahu peduli????
tolonglah...kami orang lemah..bila dicakap A... kami mengiakan A...
bila dicakap B..kami mengiakan B...
cuma kami mampu berharap... Allah akan bersama orang2 yang lemah...dan sentiasa akan memakbulkan doa-doa orang yang teraniayai...wallahua'llam
Bahan siaran adalah seperti SUMBER yang dinyatakan.
Blog anak jelapang ini dibina supaya dapat menyiarkan sebarang kisah dan berita berkaitan dengan masyarakat Jelapang... Mudah-mudahan blog ini menjadi pedoman, panduan dan inspirasi kepada pembinaan Kg Jelapang yang lebih maju dan sejahtera selaras dengan kehendak Islam yang sebenar... semoga warga kg jelapang terpelihara dari sebarang kezaliman dan ketidakadilan serta pencabulan hak kami.semoga ALLAH SWT bersama kami orang2 yang sabar dan teraniaya.Bantu lah kami hamba Mu ini, YA ALLAH.AMIN.
Album
Saturday, 19 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment