Album

Album
Album2010

Tuesday 29 April 2008

PAS Terengganu sokong MB buka jelapang padi di Setiu




Ditulis oleh SM Noor   
TUESDAY, 29 APRIL 2008 16:31
 
Kuala Terengganu, 29 April - PAS Terengganu menyokong cadangan Menteri Besar membuka 3,200 hektar kawasan sawah padi di Setiu   kerana ia bertepatan dengan Pelan Induk Pertanian 2001 – 2010 yang pernah digubal oleh kerajaan Terengganu dahulu. Sokongan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pertanian PAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Said ketika dihubungi Buletin Online.
Beliau berkata PIPNT yang dirancang kerajaan PAS Terengganu adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negra Ketiga (DPN3) yang bermatlamat untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara melalui peningkatan pengeluaran pertanian terutamanya tanaman makanan. 
 
Beliau berkata sekiranya PIPNT dilaksanakan, Terengganu dapat menghasilkan keperluan pengeluaran padi sehingga 65%.  ”Pengeluaran padi sekarang hanya sekitar 35 – 40% sahaja, kita mengimpot beras sekitar 60-65% peratus, ”keadaan ini kritikal, sekiranya keluasan tanaman padi dan pengeluaran padi tidak ditambah.” jelas Mohamad.

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu walau bagaimana pun kesal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong rancangan PIPNT.  ”Kerajaan Pusat hanya memberikan bantuan kepada ‘Jelapang’ yang sedia ada, ”kategori ‘Jelapang’ di negeri Terengganu adalah kawasan penanaman padi dibawah KETARA di Besut.” tambah beliau.
 Justeru beliau menyarankan supaya Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengadakan perundingan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani supaya kawasan seluas 3,200 hektar yang dicadangkan dimasukkan didalam kategori ‘Jelapang’.

PIPNT telah telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu pada 22 Disember 2001 bersamaan 7 Ramadhan 1422, dibawah Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik.

PINT telah dilancarkan pada 26 September, 2002 bersekali dengan pelancaran dan pembukaan Pasar Borong Darul Iman oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.  


SUMBER: http://www.parti-pas.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=687:pas-terengganu-sokong-mb-buka-jelapang-padi-di-setiu&catid=14:info-semasa&Itemid=31
 

No comments:

Post a Comment