- Kerian Sg. Manik
- Seberang Perak
- Pulau Pinang
- Kemasin Semerak
- Barat laut Selangor
- KETARA
Konsep pembangunan pertanian secara bersepadu berasaskan pembangunan "in-situ" telah diperkenalkan pada tahun 1965 dengan pelaksanaan projek Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA - Muda Agricultural Development Authority) diikuti penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA - Kemubu Agricultural Development Authority) pada tahun 1967. Sejak tahun itu konsep pembangunan seumpama ini telah berkembang dengan penubuhan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) hampir ke seluruh negara. Pada asasnya pendekatan pembangunan pertanian bersepadu mengutamakan integrasi segala usaha dan aktiviti di antara pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian (dan juga kiranya diperlukan agensi-agensi Kementerian lain). Pendekatan bersepadu ini diperlukan dalam penyediaan kemudahan infrastruktur pertanian dan khidmat-khidmat sokongan yang berkaitan. Setiap IADA mempunyai objektif khususnya selaras dengan keperluan setempat. Walau bagaimanapun secara amnya objektif IADA jelapang padi adalah untuk:- - Meningkatkan produktiviti dan memaksimumkan pendapatan golongan sasar supaya perbezaan pendapatan dengan sektor-sektor lain dapat dikurangkan.
- Memodenkan sektor pertanian dan industri asas tani supaya sistem pengeluarannya cekap, menjimatkan tenaga manusia dan mampu bersaing dalam pasaran dan luar negeri.
- Membangunkan golongan sasar supaya menjadi masyarakat yang berdisiplin, berdikari, progresif dan bersemangat keusahawanan.
- Meningkatkan purata pengeluaran hasil padi ke tahap 6.5 tan metrik sehektar semusim menjelang tahun 2010.
Skop dan fungsi pembangunan IADA ditentukan semasa penubuhannya berdasarkan Kajian Kemungkinan yang telah dijalankan. Skop pelaksanaan IADA meliputi pembangunan infrastruktur pertanian dan pembangunan sub-sektor tanaman, perikanan dan ternakan secara "in-situ" serta industri asas tani. Fungsi utama IADA ialah :
a. | Mempertingkatkan infrastruktur pertanian terutamanya sistem pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian tertentu. |
b. | Memperkukuhkan dan mengembangkan khidmat sokongan pertanian dan pengurusan pertanian. |
c. | Menyelaraskan aktiviti khidmat nasihat dan perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar melalui program pembangunan manusia/latihan. |
d. | Mengukuhkan perkhidmatan agensi pelaksanaan dalam pembangunan institusi pertanian dan peladang. |
Jelapang | Tahun Penubuhan | Luas Kawasan (ha) |
Projek | Pertanian | Padi |
MADA | 1965 | 126,155 | 109,501 | 96,558 |
KADA | 1968 | 89,500 | 64,555 | 31,464 |
Kerian Sg. Manik | 1979 | 66,282 | 30,560 | 28,488 |
Barat Laut Selangor | 1979 | 199,199 | 82,044 | 19,701 |
Seberang Perak | 1981 | 17,307 | 16,437 | 8,529 |
KETARA | 1992 | 258,736 | 65,828 | 5,110 |
Kemasin Semerak | 1982 | 68,350 | 46,560 | 5,560 |
Pulau Pinang | 1983 | 104,636 | 67,095 | 10,138 |
Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Ibu Pejabat MADA,Ampang Jajar,
05990 Alor Setar,Kedah.
Tel : 04-7728255
Fax: 04-7722667 | Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
Peti Surat 127, Jalan Dato' Lundang,
15710 Kota Bharu,Kelantan.
Tel : 09-7442237
Fax: 09-7441053 |
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA),
Gerai 22000 Jerteh,Terengganu.
Tel : 09-6973515
Fax: 09-6971040 | Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian,Kerian Sg. Manik,
Jalan Matang Buluh,
34300 Bagan Serai,Perak
Tel : 05-7215260
Fax: 05-7219892 |
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu
Tingkat Satu, Blok A,Jalan Jelawat,
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang
Tel : 04-3907801
Fax: 04-3907803 | Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian,
Barat Laut Selangor,
Kompleks Pejabat Barat Laut Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor
Tel : 03-32891411
Fax: 03-32893342 |
Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Seberang Perak,
Pejabat Komponen Pertanian,
Jabatan Pertanian Sungai Dedap,
36000 Teluk Intan,
Perak
Tel : 05-6552373
Fax : 05-6552262 / 3711678
______________
Jurutera Projek,
Projek Pembangunan Pertanian Seberang Perak/Tumbuh Blok Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Malaysia KM 1,
Jalan Tanjong Tualang
36800 Kg. Gajah, Gajah,
Perak
Tel : 05-6551362
Fax : 05-6552207 | Pengarah,
Projek Pembangunan Pertanian Kemasin/Semerak,
Kompleks JPS,Peti Surat 300,
15730 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09-7419888
Fax : 09-7441113 |
Insentif | Kadar |
Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan | 2 beg baja urea, 5 beg baja campuran masing-masing seberat 20kg bagi setiap ekar sawah |
Subsidi Harga Padi | RM248.10 setan metrik bersih dipintu kilang |
Harga Minimum Terjamin (GMP) | RM650.00 |
Insentif Pengeluaran Padi | Upah Bajak pada kadar maksimum RM100.00 sehektar dan input pertanian (racun dan baja) maksimum RM140.00 sehektar |
Insentif Peningkatan Hasil | RM650.00 bagi setiap 1 tan metrik peningkatan hasil bersih dipintu kilang berbanding tahun sebelumnya (tahun asas) |
|
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete