Album

Album
Album2010

Friday 23 September 2011

Dasar Jaminan Bekalan Makanan

Dasar Jaminan Bekalan Makanan 

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara.

“Buat masa ini, input-input awal telah diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah pandangan daripada ahli akademik, Persatuan Pengeluar, Persatuan Peladang, Persatuan Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan. Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya, Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.
Paparan : 2353
Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 September 2010
 
SUMBER: http://www.moa.gov.my/web/guest/dasar_jaminan_bekalan_makanan

No comments:

Post a Comment